Followers

Monday, May 13, 2013

Matrix time.





Hello, Sis&Bro semua!Matrix time memang pantas berlalu.tup..tup..tup..(soundeffect)dah 10bulan belajar kat sana.Memang enjoy,memang tertekan,memang stress,memang nak nangis,memang happy,memang mencabar, memang dan banyak lagi memang.kalau korang nak tau p la try!hihi.Yakin,anda boleh.boleh.
ok mesti korang nak tau something kan?angguk laju2..

Apa itu praktikum?? Praktikum ni macam roti la..hahaha,tak tak.. dia ni macam kelas macam kat sekolah tu, praktikum aku 21orang je.aku dulu praktikum S24a.Diorang ni baik-baik,selalu saling "explain2" kalau kita tak faham. korang kawan la baik-baik ngan semua orang.susah senang bersama.Masa tutorial and praktikal bersama diorang ni la..Best, masa praktikal,boleh main-main tau!tapi jangan terlampau.Nanti kena marah tak tau..haha.
Apa itu kuliah?Kuliah ni besar,gabungan antara 6-9 praktikum. Aku dulu kuliah 3M1.Kuliah aku bermula dari S19-S24a.So,happy je dalam kuliah nim,dengar betul2,fokus betul2. Jangan pulak dalam kuliah nim korang nak main-main..Ala,dalam tutorial boleh fokus! biasa macam tu la..Jangan lakukan yerp!
Fokus betul-betul sebab masa itu penting. Bak kata pepatah melayu,"Masa itu emas".
Allah SWT juga telah berfirman dalam surah Al-'Asr yang bermaksud :
"Demi Masa!,(1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)"

Pesanan Penaja: Jangan membazirkan masa.Manfaatkan masa 10 bulan anda di matrix.:)


Foto 2012:Rakan-rakan praktikum S24a.Miss uolls! ;)


Foto 2013:Kuliah chemistry terakhir,DKK3..# Aku terlindung kat belakang tu :(



MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU (MPPB),seminggu.Cukup mencabar time aku dulu! Ketahanan mental dan fizikal perlu kuat. Aku dulu bangun kul 3.30am ,tido pukul 12.30am.Ni lah pengalaman yang tercabar sekali sebabnya,aku tak sempat nak mandi,kerana terkejar situ terkejar sini.Bilik air nye berebut,yela kat umah takpe bilik air banyak dan tak ramai orang.Kat sini,bilik air banyak la jugak,tapi ramai orang.So,bangun awal yerp.Dengan keadaan diri yang baru nak sesuaikan diri.Minggu ni je 3 jam korang tido! nanti korang nak tido 12jam pun orang tak marah, TAPI cukup ke masa nak study. Aku dulu, tido paling lewak pukul 1 je.Pagi paling awal aku bangun 5.30pagi.Paling lewat kul 7.Sebab semua tak terkejut..So,uollss kena kuat!bersabar..Ingat ,bukan senang nak senang.bukan susah nak susah.Seminggu tu,korang diperkenalkan la mana cubic,mana kafe,mana dewan kuliah,mana yang kecik mana yang beso. mana bilik tutorial mana makmal fizik,mana makmal kimia and so on!..Enjoy your MPPB coming soon!Banyak perkara yang didedahkan kepada pelajar baru oleh pensyarah-pensyarah dan fasilitator. Elaun, cara hidup, kursus(diterang one by one oleh kaunselor) dont worry be happy, kokurikulum dan sebagainya diterangkan satu per satu. Fokus para pelajar ini mendengar dan ada juga yang mencatat dalam buku nota masing-masing. Masa aku dulu, aku dapat buku nota lagi time mendaftar.so catat je la..

Kesusahan menjadi titik tolak kepada suatu kejayaan.Sabar,lalui dengan tenang.Mudahkan jangan susahkan.


2012/2013:Short note,mind map,lecturer note--> Disini segala bermula.


Sekian.

Hak Cipta Terpelihara.|130513|Samsiah CW|




0 ulasan:

Post a Comment