Followers

Sunday, May 12, 2013

Impian dan cita-cita.


Alhamdulillah,hari ini saya dah jawap soalan ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) pagi tadi,di UMP,Kuantan Pahang.Bertolak pukul 7 dari rumah melalui "East coast highway" yang hanya mengambil masa 1 jam sahaja.Dekatkan?MEdsi ini ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam. Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik. Jumlah soalan ialah sebanyak 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam..Tapi,saya 45minit dah siap!hehe.Fikir,jawap 'YA' atau 'TIDAK' or 'sangat setuju','setuju','sangat tidak setuju','tidak setuju'.Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu Personaliti (110 item), Minat Kerjaya (60 item), Nilai Integriti (70 item), dan Kecerdasan Emosi (60 item).InshaAllah,kalau lulusan ujian ini,akan dipanggil temuduga kelak.Doakan saya.



Kebahagiaan itu seperti rama-rama.Semakin kita kejar,semakin ia terbang jauh dari kita.Tetai,sekiranya kita mengalihkan perhatian kepada pekara lain,rama-rama itu akan datang dan singgah di bahu kita.
Source:Chicken soup for the soul.



Dulu lepas SPM,aku nak pegi matrik sangat2.Alhamdulillah,setahun dah berakhir.Moga-moga kedatangan Jun nanti,mendapat result yang setandingan dengan apa yang diusahakan.Kalau lebih atau kurang,nak buat camne dah tu rezeki.;)Sekarang nim,aku nak sangat2 pergi tempat nim,untuk kali kedua sebagai pelajar,dan belajar selama 4 tahun.dan berjaya memakai topi ini sekali dengan jubah.Oh,my dream.Dream comes true,one day.;)Kalau tak dapat kat tempat nim pun takpe, asal dapat je mana dan akan menjadi pelajar univeristi dalam course yang saya minat.Agar dipermudahkan oleh Allah s.w.t.


#Childhood#without glasses#six year ago#with my love#UPM



Sekian.

Hak Cipta Terpelihara.|120513|Samsiah CW|


0 ulasan:

Post a Comment