Followers

Wednesday, February 12, 2014

Student



I'm here ! All you need in this life is ignorance and confidence; then success is sure.I am not in this world to live up to other people's expectations, nor do I feel that the world must live up to mine.


It doesn't matter if the glass is half empty or half full. Be thankful that you have a glass and grateful that there's something in it. *deep meaning*



Alhamdulillah, 11/2/2014 , Result semester 1 dikeluarkan . Alhamdulillah aku dapat apa yang aku nak, walaupun rasa kecewa sikit kerana 1markah untuk subjek tu aku xdapat 4.00 subjek tu. Tapi bila muhasabah diri, Allah dah bagi yang terbaik. Allah dah bagi yang terbaik.. Bersyukurlah bersyukurlah.. Terima Kasih pinjamkan aku pointer itu untuk semester1 ini. Moga moga diberikan kekuatan untuk meneruskan 7lagi semester yang tinggal. 16hb febuary dah start semester2 semoga dipermudahkanNya. Moga Moga dipinjamkan lagi kekuatan semangat untuk terus mendapatkan itu dan semoga Allah pinjamkan untuk aku lagi pointer itu untuk semester seterusnya. Aminn... :)


Tetiba buka blog , lihat post post terdahulu.. ya aku syukur tetapi sedikit kecewa dengan result akhir matrikulasi tetapi apekan daya. Kawan aku pernah berkata di panggilan telefon selepas result dikeluarkan

" Bukan Allah tak nak bagi kita 4flat ,tapi Allah simpan sikit untuk masa hadapan, mungkin di universiti kita dapat senarai dekan,4flat and dapat grad first honor, kita tak tahu.Sebab Allah tahu mana yang baik buat kita" -Bersangka baiklah kepada Allah.

Terima Kasih kawan..

Terima Kasih Sahabat..

Aku merinduimu..

Harap dapat kita ketemu kembali satu hari nanti...








Sekian :)


Saturday, January 18, 2014

Kau Tercipta Untukku




Cinta...
Ia datang tanpa dipaksa..
Ia pergi, tiada yang rela..
Adakala kita terluka..
Ada masa kita kecewa..
Cinta adalah cinta..
Bila ada, indah rasanya..
Bila pergi, hati merana..
Kepada si pendamba cinta..
Hati hati mengukir rasa..
Jangan sampai terbinasa..
Pada mimpi yang sementara..
Kerana cinta yang hakiki, hanya milik Dia..


Jika...
Jika hati kamu padaku..
Jika hati kamu milikku..
Jika kamu takdirku..
Aku gembira..
Jika hatimu tidak seperti itu..
Jika kamu bukan untukku..
Jika takdirku bukan bersamamu..
Aku redha
Tapi andai takdirnya..
Kau dicipta memang milikku..
Maka berakhirlah sebuah cinta..
"Kau Tercipta Untukku"

With Love,
Samsiah Cw
14:27PM
18 January 2014
Terengganu Malaysia

Semester 1 dah berakhir , 1/9/2013-15/1/2014:)
Bachelor Science (Applied Physics) with honors , 4years , 8semester. 1done 7 waiting :)
Saturday, July 27, 2013

Pemilik Cintaku


-La Tahzan-



Sungguh ak teruji!Sungguh ak sedih!Sungguh ak kecewa!

NAMUN,



Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.

Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.

Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.

Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.

Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.



Ya! aku oercaya pada takdir, aku percaya pada jodoh. aku percaya dengan ketentuanNya. Allah! Kuatkanlah aku menghadapi permainan ini.


Sungguh aku tak mengetahuinya, ini semua rahsia DIA. Bersabarlah hati..


Jalan takdir Allah tak pernah salah.

Berbaik sangkalah dengan aturanNya.

Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.

Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.

Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.

Takdir Allah is something yang unexpected.

Miracle things may come soon. Soon.

Engkau harus percaya.

Ya, percaya.


Ya! aku percaya, bukan sekarang mungkin, bukan masa ini mungkin! mungkin 5 tahun lagi. Allah! Engkau berikanlah hamba mu ini Pemilik cintaku yang soleh, walaupun tak handsome cukup untuk aku melihatnya sempurna dimataku.


Ini suara ku buat pemilik cintaku.

Dear Pemilik Cintaku,


Aku tidaklah sampai mengimpikan dirimu seorang imam yg makmumnya adalah orang ramai, cukuplah jika engkau mampu mengimamkan aku dan anak2mu.

Aku tidaklah sampai mengimpikan dirimu seorang lelaki yg menanggung beban tanggungjawab seperti seorang wakil rakyat, cukuplah jika engkau melaksanakan tanggungjawabmu terhadap diriku dan anak2mu.

Aku tidaklah sampai mengimpikan dirimu seorang saudagar emas yg kaya raya, cukuplah jika engkau mampu membahagiakan diriku dan anak2mu.

Aku tidaklah sampai mengimpikan dirimu seorang lelaki sebaik malaikat, cukuplah jika engkau sentiasa menyayangi diriku dan anak2mu.

Aku tidaklah sampai mengimpikan dirimu seorang lelaki yg terlalu gentleman, cukuplah jika engkau mampu setia kepadaku.

Aku tidak mengimpikan dirimu seorang lelaki yg kacak, cukuplah jika aku sentiasa cantik pada pandanganmu.


With LOve,
CikSam



Hebat Permainan Dunia! Bersabarlah hati, Bersabarlah sayang. Allah selalu ada.


" Sometimes, its hard for me to understand what You really want to happen. But I trust You, I know You will give me what's best☺."

With Love,
Samsiah
27JULAI2013
6.35PM


Cinta



“ Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,
Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodohnya manusia ada ditangannya.
Saudaraku tercinta,
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.

SAMSIAH-
Friday, June 7, 2013

La Tahzan II


'...and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know.' (Surah Baqarah: 216)



Semua pelajar matrikulasi 12/13 dah boleh tahu result masing-masing semalam [6/6] bermula pukul 12tengah hari. Tiada kata yang mampu terucap melainkan ALHAMDULILLAH!ALHAMDULILLAH!ALHAMDULILLAH!TERIMA YA ALLAH!terima kasih mak ayah!terima kasih lecturer2 KMPh, walaupun bukan 4 flat hanya 3.++, tapi semua yang diberikan itu rezeki.terima dengan redha.Semoga dapat universiti yang diidam2kan.Menunggu minggu ke2 julai untuk mengetahui universiti mana bakal dijejaki.. inshaAllah.Tapi,kita hanya merancang , Allah menentukan segala galanya kerna Dia sebaik-baik perancang. Terima kasih!Terima kasih YA ALLAH,kerna izinkan kami bernafas lagi di bumi-MU,bantu kami mengharungi cabaran-MU pada hari hari mendatang .Jangan biarkan kami leka dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang telah kau berikan,dan jangan biarkan kami hanyut dengan kesedihan dan kekecewaan yang telah Engkau takdirkan. Jangan terasa cemburu dengan kawan-kawan yang berjaya,rezeki masing-masing.



"Bukan Allah tak nak bagi kita 4flat ,tapi Allah simpan sikit untuk masa hadapan, mungkin di universiti kita dapat dekan,4flat and dapat grad first honor, kita tak tahu.Sebab Allah tahu mana yang baik buat kita" -Bersangka baiklah kepada Allah.





Wednesday, May 29, 2013

Why this happened to me?


Keluhan? Protes? Rasa tidak puas hati? Rasa tidak adil? Tidak hanya berlaku pada masalah yang berat sahaja. Tidak hanya berlaku kepada orang tua sahaja. Semua orang punya hati dan perasaan. Sememangnya setiap orang mahukan yang mudah mudah belaka. Siapa yang mahu hidup dalam kesusahan? Siapa yang mahu hidup dalam masalah? Namun kita tidak boleh lari dari masalah, masalah datang tanpa diundang, kita perlu hadapinya walaupun suka atau tidak. Kita perlu kuat melawan masalah itu. Bukan lari! Setiap yang berlaku itu mesti ada yang tersembunyi. Pasti ada hikmahnya.

"Why this happened to me?" "Why?"

Soalan yang selalu berada dalam kota fikiran seseorang apabila ditimpa sesuatu.

Pada pandangan saya ,ianya terjadi tanpa dijemput bukan kehendak sesiapa. Namun, sebab kita adalah orang yang kuat yang mampu menghadapi , orang terpilih untuk berhadapan dengannya, Usahlah bersedih. Kerana setelah kesulitan pasti ada kemudahan.Mintalah bantuan.

Yakinlah,masih ada yang selalu mengabulkan permintaan kita. Siapa? Siapakah yang berhak menjadi tempat mengadu?

Kepada siapa harus meminta pertolongan? Tidak lain,adalah hanya Allah yang tiada tuhan selain Dia.

Firman Allah dalam surah Al-mu'minun, ayat 60:
...berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu...


Kepada siapa aku mahu berharap?

"Hasbunallah Wa ni'mal wakil" , Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya

aku bertawakkal. "

[Surah At-Taubah ayat 129]



Kenapa aku diuji?


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja

mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan

sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka

sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia

mengetahui org2 yg dusta."

[Surah Al-Ankabut ayat 2-3]



Kenapa berlaku kepada aku? Kenapa susah/berat sangat ujian ini?


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan

kesanggupannya. "

[Surah Al-Baqarah ayat 286]



Persoalan persoalan semuanya sudah ada jawapan.Kita, sebagai hamba perlu patuh kepada perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Semoga entry kali ini memberi manfaat kepada diri saya dan jugak pembaca sekalian. Sekian.
Sunday, May 26, 2013

Home Library


Hai,.Tengok ni. Akan berusaha habiskan pembacaan pula... hehe..Memanfaatkan cuti yang berbaki 3 bulan lagi.Walaupun nanti akan berkerja sementara berdekatan dengan rumah jugak la,hehe cari duit, nanti nak shopping senang,tak la ambik duit mak ayah ;)Ni je antara buku yang aku ada,samada yang beli sendiri,beli menggunakan baucer or ada kawan bagi.Sikit je kan??




Sekian.

Hak Cipta Terpelihara.|130513|Samsiah CW|
Wednesday, May 22, 2013

La Tahzan


Excited!Excited!Nak tunggu semakan boleh temuduga ke tak?Last2,petang tadi selepas pukul 5 petang dah boleh check tapi keputusan amat mendukacitakan, :(

Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA ditawarkan untuk menduduki temu duga/ujian khas
di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi Ambilan September Sesi 2013/2014.

Pihak Universiti ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas minat dan usaha saudara/i
untuk meneruskan pengajian di UPSI.
Selamat maju jaya.


Don't be sad if Allah not give what you want maybe something good is appear after this!Because, '...and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know.' (Surah Baqarah: 216)

Sekian.

Hak Cipta Terpelihara.|130513|Samsiah CW|

Monday, May 13, 2013

Matrix time.





Hello, Sis&Bro semua!Matrix time memang pantas berlalu.tup..tup..tup..(soundeffect)dah 10bulan belajar kat sana.Memang enjoy,memang tertekan,memang stress,memang nak nangis,memang happy,memang mencabar, memang dan banyak lagi memang.kalau korang nak tau p la try!hihi.Yakin,anda boleh.boleh.
ok mesti korang nak tau something kan?angguk laju2..

Apa itu praktikum?? Praktikum ni macam roti la..hahaha,tak tak.. dia ni macam kelas macam kat sekolah tu, praktikum aku 21orang je.aku dulu praktikum S24a.Diorang ni baik-baik,selalu saling "explain2" kalau kita tak faham. korang kawan la baik-baik ngan semua orang.susah senang bersama.Masa tutorial and praktikal bersama diorang ni la..Best, masa praktikal,boleh main-main tau!tapi jangan terlampau.Nanti kena marah tak tau..haha.
Apa itu kuliah?Kuliah ni besar,gabungan antara 6-9 praktikum. Aku dulu kuliah 3M1.Kuliah aku bermula dari S19-S24a.So,happy je dalam kuliah nim,dengar betul2,fokus betul2. Jangan pulak dalam kuliah nim korang nak main-main..Ala,dalam tutorial boleh fokus! biasa macam tu la..Jangan lakukan yerp!
Fokus betul-betul sebab masa itu penting. Bak kata pepatah melayu,"Masa itu emas".
Allah SWT juga telah berfirman dalam surah Al-'Asr yang bermaksud :
"Demi Masa!,(1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)"

Pesanan Penaja: Jangan membazirkan masa.Manfaatkan masa 10 bulan anda di matrix.:)


Foto 2012:Rakan-rakan praktikum S24a.Miss uolls! ;)


Foto 2013:Kuliah chemistry terakhir,DKK3..# Aku terlindung kat belakang tu :(



MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU (MPPB),seminggu.Cukup mencabar time aku dulu! Ketahanan mental dan fizikal perlu kuat. Aku dulu bangun kul 3.30am ,tido pukul 12.30am.Ni lah pengalaman yang tercabar sekali sebabnya,aku tak sempat nak mandi,kerana terkejar situ terkejar sini.Bilik air nye berebut,yela kat umah takpe bilik air banyak dan tak ramai orang.Kat sini,bilik air banyak la jugak,tapi ramai orang.So,bangun awal yerp.Dengan keadaan diri yang baru nak sesuaikan diri.Minggu ni je 3 jam korang tido! nanti korang nak tido 12jam pun orang tak marah, TAPI cukup ke masa nak study. Aku dulu, tido paling lewak pukul 1 je.Pagi paling awal aku bangun 5.30pagi.Paling lewat kul 7.Sebab semua tak terkejut..So,uollss kena kuat!bersabar..Ingat ,bukan senang nak senang.bukan susah nak susah.Seminggu tu,korang diperkenalkan la mana cubic,mana kafe,mana dewan kuliah,mana yang kecik mana yang beso. mana bilik tutorial mana makmal fizik,mana makmal kimia and so on!..Enjoy your MPPB coming soon!Banyak perkara yang didedahkan kepada pelajar baru oleh pensyarah-pensyarah dan fasilitator. Elaun, cara hidup, kursus(diterang one by one oleh kaunselor) dont worry be happy, kokurikulum dan sebagainya diterangkan satu per satu. Fokus para pelajar ini mendengar dan ada juga yang mencatat dalam buku nota masing-masing. Masa aku dulu, aku dapat buku nota lagi time mendaftar.so catat je la..

Kesusahan menjadi titik tolak kepada suatu kejayaan.Sabar,lalui dengan tenang.Mudahkan jangan susahkan.


2012/2013:Short note,mind map,lecturer note--> Disini segala bermula.


Sekian.

Hak Cipta Terpelihara.|130513|Samsiah CW|